::Marshmallow::
Disclaimer


Holla ! Welcome to my journal.Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me izzati and epap for nickname.Simple eightenn years old girl who hope for the best in life.

Entries About Linkies Stuff


My Wishlist

Result SPM
Sambung Study
Nak Capai Cita-cita
Bagi Mak and Abah happy
Bawak Family pegi Mekah

Make Some Noise!

You can put ur Cbox here!


Thank You!



Template: Farah Adriana
Edited By: Awan Putih
Owner: Zatie Cassi
Others: ♥ ♥ ♥


New Life

Assalamualaikumm..
 
    Tangan duk gawang sawang-sawang yang ada.hahaha. Sebulan aku tinggai blog ni sampai bersawang la kan..Tak sempat nak mengupdate blog ni maklumlah diri ini sudah menjadi student kembali.Alhamdulillah kerana ALLAh masih memberikan kesempatan untuk aku update lagi.Tapi sorry tak boleh letak gambaq sebab lappy kesayangan aku masuk hospital akibat terkena virus merbahaya.hurmm soo sad la kan -..-

    Macam mana nak mula ha?hahaha blurr seketika . Dah sebulan aku menjalani hidup sebagai seorang siswi di POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH dan dikurniakan juga kawan-kawan yang satu kepala.Memang terbaik la hampa semua even kita semua baru kenai tak sampai sebulan.Start dari MSK sampai la masuk kelas semua tu memang satu benda yang baru dalam hidup aku.Sebab apa aku kata centu ? Sebab nama pun masuk IPT kann bukan sekolah lagi dah.Bak kata lecturer aku tu "Hampa semua ni pelajar yang ambik diploma woii !! Woi diploma woii !! hahaha. Encik mmg terbaik la kann.Betul la apa yang dia kata tu.Takkan nak bawa aura sekolah lagi bila masuk IPT..

     Tak kesah la semua tu even bagi aku zaman sekolah tu memang moments yang paling aku tak boleh lupa.Bagi aku bila dah jejak kaki masuk ke IPT ni kita dah tak boleh ambik mudah dengan semua benda di sekeliling kita macam sekolah dulu.Dah tak boleh main-main woii .Setiap benda yang kita buat semua ada cabarannya macam aku la sekarang ni.Electronic Engineering tu salah satu course yang susah k.Memang kena ada banyak usaha la bila ambik course ni.Bayangkan kita yang tadak basic fizik bila masuk kelas lecturer terus ajaq macam tu ja.hahahah sumpah pening.Tapi it's okey la kan.Bukan aku sorang pun yang tak paham.Usaha dan tawakkal itu lebih penting..Masuk pulak bab perintang bagai tu.hahaha hat tu jangan duk kata pa la kan..Masuk lab sana kira kt sini perghhh menguji keimanan aku sungguh.Dah la memang jenis hat lambat paham..hahaha. 

       Oh ya , lupa pulak dah 11 hari kita puasa kan..Tahun ni punya puasa memang sadis gila.5 tahun aku duk makan nasi hidang masa kat hostel dulu mai tahun ni semuanya kena berdiri atas kaki sendiri.hahaha tak kelia tak kelia.Sehari 10 ringgit kot duk sini.Memang tahun ni tahun yang menggugat bajet aku la kan.Tapi takpa la kan demi masa depann. Takat ni dulu la cerita yang buleh aku kongsi.Kalau diberi kesempatan nanti aku sambung noh.Selamat menjalani ibadah puasa k.Assalamualaikumm :)